Dengan sedikit info yang telah diperolehi melalui rancangan Bijak Wang seperti yang telah diceritakan sebelum ini, saya dan suami memulakan langkah pertama kami. Kami sepakat membuat keputusan untuk membuka akaun Gold Saving Pasbook Account (GSPA) Maybank. Kenapa kami memilh GSPA? Dengan ilmu yang masih cetek pada masa itu, kami belum nampak kelebihan menyimpan emas fizikal apabila memikirkan kerisauan menyimpan emas fizikal. Takut hilang, kena curi dan sebagainya bermain dalam kepala. Lantaran itu, kami memilih untuk membuka akaun GSPA sahaja. Sebenarnya Public Bank ada juga menawarkan akaun emas seperti ini iaitu Gold Investment Account (GIA). Kami memilih Maybank pada masa itu atas sebab minimum untuk buka akaun tersebut hanyalah dengan membeli 5g emas berbanding Public Bank 20g. Pada masa itu, kami tidak menimbang perbezaan harga jual dan harga beli yang ditawarkan oleh kedua-dua bank tersebut. Selain daripada itu, kami berpendapat Maybank lebih mesra pengguna. Jadi untuk pastikan kami memiliki emas, itulah keputusan pertama kami walaupun memiliki emas secara 'maya' (hanya tercatat dalam buku akaun sahaja, tidak boleh dilihat, tidak boleh disentuh).
![]() |
Inilah rupa buku akau GSPA yang telah dibuka bersama oleh saya dan suami pada bulan November 2009 yang lalu |
Walaupun ada minat tentang emas ni, dan ter'excited' lepas tengok Bijak Wang, kami hanya sempat membuat dua transaksi saja di Maybank. Kami hanya dapat kumpul 10g sahaja walaupun telah hampir setahun berlalu. (mungkin orang kata tak bersungguh, hangat-hangat tahi ayam je..hehe)
![]() |
10 gram je? |
No comments:
Post a Comment