"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis EMAS, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)".

Ali 'Imran(3), ayat 14

Friday, November 12, 2010

Apa Itu Spread?

Spread dalam jual beli emas adalah bermaksud perbezaan antara harga jual emas dan harga beli emas. Jika anda lihat pada Public Gold Price di laman web www.publicgold.com.my, dipaparkan harga kolum 'We Buy' dan 'We Sell'. Perbezaan harga tersebutlah yang dikatakan spread... Sebagai contoh, lihat jadual di bawah...





Apabila kita ingin membeli emas Public Gold ini, Public Gold menjualnya dengan harga 'We Sell' dan sekiranya kita ingin menjualnya pada masa yang sama, Public Gold akan membelinya dengan harga 'We Buy'.

Bagi PG 20 gram, beza harga jual dan harga beli ialah RM (3156-2967) = RM 189.
% perbezaannya adalah = 5.99% ~ 6.0%

Bagi PG 50 gram, beza harga jual dan harga beli ialah RM (7854-7422) = RM 432.
% perbezaannya adalah = 5.5%


Bagi PG 100 gram, beza harga jual dan harga beli ialah RM (15634-14852) = RM 782.
% perbezaannya adalah = 5.0%

Bagi PG 1kilogram, beza harga jual dan harga beli ialah RM (156336-148519) = RM 7817.
% perbezaannya adalah = 5.0%

Jadi, spread jual beli yang ditawarkan oleh Public Gold adalah sekitar 5-6%. 

Ada yang pernah berkata pada saya, rugilah kalau macam tu, beli dengan harga tinggi dan jual pada harga yang lebih rendah. Tapi persoalannya, adakah anda ingin membeli emas dan menjualnya pada hari yang sama? Kalau jawapan anda ya, pelaburan emas ini bukan pilihan terbaik untuk anda. Dan saya rasa tak ada satu pelaburan lain pun yang akan memberikan keuntungan dalam masa 1 hari... Skim Cepat Kaya ada ka?? Anda membeli emas pada hari ini, untuk memberikan pulangan kepada wang anda, anda perlukan sedikit masa... Pada masa tersebut, harga 'We Buy' akan menjadi lebih tinggi daripada harga 'We Sell' pada hari anda membeli emas tersebut. Mungkin dalam jangkamasa pendek, sederhana atau panjang.... Tepuk dada tanya selera... Jangkamasa paling pendek bagi saya adalah sekurang-kurangnya setahun....

Jadi, bertindaklah sekarang. Anda boleh membuat perbezaan spread harga ini dengan emas-emas pelaburan lain yang ditawarkan di Malaysia. Dan pastinya, spread yang lebih kecillah yang perlu kita pilih untuk maksimakan keuntungan yang boleh kita dapat.

Ingin membeli emas Public Gold atau Public Dinar? Sila hubungi saya.....

Tuesday, October 26, 2010

Nak Pergi Haji? Jom Kumpul Dinar Emas....

Lambaian Kaabah memanggil umat Islam mengerjakan rukun Islam ke-5

Jom kita lihat....

Kos nak pergi haji tahun ni (2010) adalah RM 9,980. Dikekalkan macam tahun lepas (2009). Tahun 2008, kos nak pergi haji adalah RM 8,973. Tahun 2002 pula kos tersebut adalah sebanyak RM 8,585.

Ok, sekarang kita lihat harga dinar. Pada tahun 2009, 1 dinar = RM 502. Pada tahun 2002, 1 dinar = RM 140 je. (bestnya kalau masa tu dah tahu tentang emas ni...)

Maknanya, pada tahun 2009, kalau nak pergi haji, kita perlukan 19.88 dinar ~ lebih kurang 20 dinar la....
Tahun 2002, kalau nak pergi haji, kita perlukan 61.32 dinar ~ lebih kurang 62 dinar. Wow... banyak tu...

Jadi, secara kesimpulannya.... Kalau kita beli dinar masa tahun 2002 sebanyak 62 dinar.... Simpan... Sampai tahun 2009, kita nak pergi haji... Daripada jumlah 62 dinar tu, kita cuma gunakan 20 dinar saja. Lagi 42 dinar, bolehlah kita simpan.... Kan dah jimat tu... 42 dinar dulu mana sama dengan 42 dinar sekarang... Harga dh naik berganda.... Kalau tahun 2002 boleh pergi seorang, tahun 2009 ada dinar banyak tu boleh pergi 3 orang.... Betul tak?

 Jom kita lihat graf di bawah....
Jadi, apa tunggu lagi? Kita sebagai umat Islam wajib menunaikan haji untuk melengkapkan rukun Islam yang ke-5 apabila mampu. Takkan kita tak nak berusaha untuk itu? Oleh itu, marilah kita menyimpan azam untuk menunaikan haji, mungkin bukan tahun ini, tetapi mungkin 5 tahun, 7 tahun, atau 10 tahun dari sekarang. Masa tu, harga emas dah melambung tinggi... Kalau 10 tahun boleh menjadi lebih 300%. So, jom kita kumpul dinar dari sekarang... InsyaAllah, kita bleh lengkapkan rukun Islam yang ke-5 ini.... AYUH KITA MULAKAN DARI SEKARANG....

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Emas Fizikal....

1) Tidak ada pelaburan lain yang memiliki kekayaan seperti  emas!
2) Emas harus menjadi bahagian dari setiap portfolio yang  terdiversifikasi (dipelbagaikan) secara optimum.
3) Emas fizikal adalah cara yang paling selamat untuk pelaburan  emas.
4) Hutang AS pada ketika ini dan krisis perdagangan akan terus mendorong harga emas naik.
5) Emas adalah suatu aset yang wujud dan cair, emas adalah satu-satunya  mata wang sebenar antarabangsa.
6) Emas tetap terpelihara nilainya walaupun melalui gejolak politik dan sosial, perang, dan bencana alam.
7) Tidak seperti mata wang kertas, saham, dan bon, emas tidak akan pernah kehilangan nilai intrinsiknya.
8) Emas merupakan pelaburan kalis-inflasi.
9) Emas akan selalu dalam permintaan, dan permintaan akan terus meningkat.
10) Emas sentiasa dan akan sentiasa menjadi  logam yang paling bernilai  di dunia sejak dahulu kala lagi.    Sehingga sekarang tidak lapuk ditelan zaman!!!

Wednesday, October 20, 2010

Peluang Pelaburan Emas di Malaysia

Salam sejahtera kepada semua pembaca....

Mungkin masih ada yang tertanya-tanya bentuk pelaburan emas yang terdapat di Malaysia ini.... Mungkin bila sebut saja tentang emas, orang akan bayangkan cincin emas, rantai emas, gelang emas, barang kemas.... Bagi kaum Hawa, barang kemas ni mungkin tidak asing lagi... Dan ada juga kaum Hawa yang malas nak pakai benda-benda ni semua, bimbang akan keselamatan diri, takut dirompak atau diragut. Begitulah juga dengan saya, cukuplah apa yang ada, tak perlu menunjuk-nunjuk... Malas nak menambah lagi apa yang ada... Tapi, sejak mengetahui apa yang emas boleh berikan pada saya pada masa depan, persepsi ini berubah. Bukan nak menambah barang kemas, tapi nak buat pelaburan emas. Orang selalu kata emas ni mahal... Orang kaya saja boleh beli... Orang takda duit gigit jari saja.... Tapi orang yang cakap macam tu mungkin tak fikir panjang. Kalau kita simpan duit, saving account tiap-tiap bulan pun kita mampu untuk beli sebenarnya. Soalnya nak atau tak... Orang kita lebih nampak duit berbanding nilai yang ada pada emas. Seperti post saya sebelum ini... Jangan Simpan Duit Kertas... Betul, mana boleh buat urusan jual beli guna emas. Kedai nak duit, bukan emas, dinar atau dirham... Tapi untuk simpan, kenapa kita tak simpan emas? Of course untuk jangka masa panjang. Saya percaya ramai yang simpan duit gaji at least sedikit sebulan untuk tabungan. Duit tu kan boleh beli emas? Ok... jom kita tengok pelaburan emas yang macam mana ada di Malaysia ni....

Daripada apa yang telah saya survey setakat ni, sebagai beginner lah katakan...

Emas untuk pelaburan ni ada dua jenis...
1. Emas fizikal (jongkong emas, syiling emas, barang kemas_
2. Emas dalam bentuk akaun (maya) - akaun simpanan emas

Kita tengok emas fizikal dulu.... Antaranya...


Kijang Emas
Syiling emas ini diedarkan oleh Maybank dalam 3 saiz iaitu 1 oz, 1/2 oz dan 1/4 oz. Boleh didapati di cawangan-cawangan Maybank yang utama. Kijang emas ni memang laku dan oleh itu untuk membelinya di Maybank kena check dulu sama ada stok atau tak.. Laris....


Syiling Emas Canada, Australia, Singapura
Diedarkan oleh UOB Bank.

Gold Bar Pamp Suisse
Juga diedarkan oleh UOB Bankt. Sesetengah kedai emas ada juga menjual gold bar ini.



Kedai-kedai emas tertentu ada juga menjual gold bar, contohnya Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya... Jadi, untuk mendapatkannya, kenalah tanya pada kedai-kedai emas tertentu
  Gold Bar Bunga Raya yang dijual oleh Kedai Emas Poh Kong dan Gold Bar yang dijual oleh Kedai Emas Tomei

Dinar Kelantan
Boleh didapatkan di kedai-kedai rangkaian Ar-Rahn. Sekarang bukan sahaja di Kelantan, ada cawangan lain. Di Sungai Petani ada satu cawangannya. Dijual dalam bentuk 1/2 dinar, 1 Dinar, 2 dinar, 5 dinar dan 8 dinar.





Dan yang last but not least..... Emas fizikal keluaran syarikat PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL SDN. BHD. atau lebih dikenali sebagai PUBLIC GOLD.

             
Rata-rata kawan saya pada mulanya keliru antara syarikat ini dengan Public Bank. Sebenarnya syarikat ini tiada kaitang langsung dengan Public Bank. Syarikat ini merupakan syarikat pertama yang mengeluarkan emas di Malaysia, diiktiraf dalam The Malaysia Book of Record. Difahamkan kilangnya terletak di Pulau Pinang, tapi saya masih belum dapat pastikan di mana. Ibu pejabat syarikat ini terletak di Bukit Jambul, Pulau Pinang. Saya mengenali syarikat ini melalui En. Syukor, melalui jutawanemas.com dan kemudian menghadiri seminar yang diadakan di cawangan Sungai Petani... Memang berbaloi.... Produk emas keluaran syarikat ini adalah Public Gold Bullion (bentuk bar dan syiling), dinar emas dan juga barang kemas (jewellery).


Okay... sekarang kita lihat pula pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas.....

Di Malaysia ini, bank yang menawarkan perkhidmatan ini ialah Public Bank dan Juga Maybank. Public Bank menawarkan Gold Investment Account (GIA) manakala Maybank menawarkan Gold Saving Passbook Account (GSPA). Konsepnya sama, kita perlu membuka akaun seperti akaun simpanan biasa cuma transaksi adalah dalam bentuk harga berat emas. Di dalam buku akaun kita, dicatatkan jumlah berat emas yang kita ada dalam akaun. Emasnya tak bolehlah dilihat, hanya tercatat secara hitam putih. So, kalau kita nak keluarkan duit adalah dalam kuantiti banyak mana emas yang kita ada. Bagi yang takut nak simpan emas ketul atau fizikal ni, bolehlah buka akaun ini. Ada juga pro ada juga kontranya. Nak tahu lebih lanjut? Tanyalah pada yang pakar... Hehe... Emas fizikal pun ada kelebihannya. Yang pasti emas tu boleh dipegang dan dilihat di depan mata... Cara nak simpan? Tepuk dada, tanyalah hati... Berhati-hati...Yang penting jangan jadi tarikan sudahlah. Anda sendiri yang tahu.....




Pembaca sekalian, begitulah al-kisahnya serba sedikit mengenai pelaburan emas yang terdapat di Malaysia secara ringkasnya. Mungkin saya tak dapat tunjukkan semua sekali, mungkin ada lagi yang tertinggal. Walau bagaimanapun, diharap info ringkas ini dapat memberikan anda sedikit gambaran tetntag pelaburan emas terutamanya yang ingin memulakan pelaburan ini tapi masih belum jelas tentang kedudukannya. Sekiranya ada pertanyaan bolehlah hubungi saya atau tinggalkan komen... Tanya pada pakar pun boleh juga.. Saya pun belajar daripada sifu dan orang yang lebih berpengalaman daripada saya sendiri...Akhir kata selamat melabur. Jika ingin dapatkan emas Public Gold bolehlah hubungi saya....



 

Tuesday, October 12, 2010

Dari GSPA Maybank ke Public Gold....

Kali ini saya akan ceritakan langkah saya dan suami seterusnya dalam pelaburan emas...

Jika dahulu, kesedaran kami tentang kelebihan memiliki emas terhenti setelah mengumpul hanya 10 gram emas dalam akaun GSPA Maybank, baru-baru ini kesedaran itu timbul kembali setelah suami menyarankan saya agar buat survey tentang bagaimana hendak memulakan perniagaan emas. Jadi, saya pun mulakan pencarian dalam internet. Website pertama yang saya jumpa tentang pelaburan atau perniagaan emas ini ialah www.jutawanemas.com. Kebetulan pada ketika itu dalam website ini dikemukakan jadual Seminar Peluang Pelaburan Emas yang akan diadakan di Public Gold cawangan Sungai Petani. Waktu saya buka website tersebut adalah dua hari sebelum seminar tersebut dijadualkan. Saya pun terus hubungi suami dan mengajaknya ke seminar tersebut. Ternyata seminar yang disampaikan oleh En. Syukor Hasyim pemilik website jutawanemas.com tidak sia-sia dan banyak memberikan gambaran dan ilmu tentang pelaburan emas. Berbekalkan ilmu yang turut disampaikan oleh beliau melalui e-book Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas serta Emas-emas Yang Hilang menguatkan lagi semangat saya dan suami untuk memulakan pelaburan emas demi masa kami berdua serta anak-anak nanti...

Alhamdulillah, kami juga dapat bersama-sama berkongsi modal untuk mendaftar sebagai Agen Public Gold. Langkah kami yang seterusnya adalah membeli produk Public Gold dan memulakan pelaburan sambil menjalankan perniagaan emas ini. Harap-harap menjadi...

                                     "Tukarkan DUIT anda kepada EMAS... Inilah sebahagian wang simpanan yang dijadikan modal untuk memulakan pelaburan emas... Anda bila lagi???                   



Antara produk Public Gold yang dibeli... Public Gold Bullion 20g

Sijil ketulenanan produk yang disertakan

Antara produk Public Dinar yang dibeli... 1 Dinar

1 Dinar dengan sijil ketulenannya...

Saturday, October 9, 2010

Jangan Simpan Duit Kertas....

Pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka). Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi. Apabila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambil duit dalam bank. 

Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M.Dia kata perkara ini pasti terjadi dalam masa terdekat, tapi perkara ni tak mungkin dicakapkan secara terbuka. Dia ni Christian Katolik yang anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan-kenyataan oleh penasihat-penasihat Bush, professor di Havard  dan Oxford , orang-orang  kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mereka kata sistem ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930’s.

Umar Vadillo yang terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji sistem kapitalis juga berkata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yang dikeluarkan oleh syarikatnya yang beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan . Katanya, orang Malaysia yang paling banyak simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran sistem kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dalam bank. Duit kertas yang kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu).

Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yang benar. Tapi bacalah akhbar-akhbar eksklusif untuk geng-geng Zionis seperti Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh diakses melalui internet. Media macam ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Kalau ada masa, mari kita buat re search pasal money meltdown melalui internet dan kemudian buat research pasal kekayaan dalam Islam. 

Kekayaan sebenar adalah:-
1. Tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya) 

 
2. Emas dan perak


Sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe . Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng-geng Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internetmengenai sejarah dan asal usul bank). Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. Yang bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk dimasa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik di Palestin) sedang surut dan tidak ada tanda-tanda akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tidak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era ‘haus kerana tidak ada air’ dan ‘bergelap kerana tiada minyak’ menurut kata penganalisis dunia). 



Sea of Galilee

Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ini hanya dapat bertahan untuk 30 tahun saja. Seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yang dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan kepada orangg miskin.  RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran sistem ekonomi kapitalis nanti. Bukti dah ada di depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al- Quran dan dapat tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS atau DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berlegar-legar di luar US dan sedangmenunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).


Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.
 
Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenangnya tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa. Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Mari kita fikirkan….
 
Zaman Nabi S.A.W kambing sedinar seekor, zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Tiada susut nilai dan inflasi. Sedinar sekarang RM600++  lebih kurang 1 dinar=4.25g . Setiap minit duit dalam wallet susut nilai. Satu ketika dahulu, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100000 rupiah=RM35. Dulu lagi mahal. Bernilai kerana ia ada sejenis logam terpilih. Wang kertas mempunyai nilai kerana ianya hanya kertas yang dicop sahaja. Jika anda Bank Negara (ada kuasa) anda pun boleh cop. Laku satu dunia setiap masa.

Orang Kemboja berhijrah ke Malaysia kini kaya raya di Kelantan sebab menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau.  Laku waktu aman je..Contoh depan mata ialah Iraq, selepas kejatuhan Saddam,wang terus tidak bernilai. Sama macam kite bawa wang pergi Eropah. Cuba bawa emas..

Pemimpin negara kita adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipu daya wang kertas ini.(Mantan Tun Dr. Mahathir banyak simpan emas. Wang kertas disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit RM100-RM200. Jangan malukan diri anda lagi. Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas. U.S negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab, beli alat pertahanan tapi sekarang, semua sudah tahu muslihat U.S, cetak duit kertas tanpa emas. Tak lama lagi akan down. (Ibarat bagi kertas A4 je kat Negara2 Arab. Nothing!)

Emas layak kena zakat. Dapat pahala. 85gram/20 dinar simpan baru wajib zakat. Zakat 2.125g bersamaan dengan 1/2 dinar. Orang-orang yang beriman, tentulah akan membayar zakat emas dan menyebabkan harta itu berkitar semula kepada muslimin dan muslimat. Dengan cara inilah orang-orang yang susah akan mendapat bantuan dan imbuhannya.(Ada yang sayang nak bayar zakat emas tapi takut kena kejar dengan income tax. Jawab la nanti di sana!) Keunikan dan kelebihan yang ada pada umat islam tapi tidak digunakan. Diperalatkan oleh orang barat untuk mengambil kekayaan orang Islam seperti minyak, senjata,teknologi terkini dan sebagainya.

Dengan EMAS, tiada siapa boleh main harga kerana ia memang berharga.  Sedangkan wang kertas adalah alat paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah anda jika RM100 000 anda di bank dibuang 3 kosong dibelakang menjadikan duit anda jadi RM100 je..tak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan.(Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai.........) 


P.S:- Duit syiling RM1 dah takde sebab dah tak bernilai lagi..

Wednesday, October 6, 2010

Langkah Pertama dengan GSPA Maybank

Dengan sedikit info yang telah diperolehi melalui rancangan Bijak Wang seperti yang telah diceritakan sebelum ini, saya dan suami memulakan langkah pertama kami. Kami sepakat membuat keputusan untuk membuka akaun Gold Saving Pasbook Account (GSPA)  Maybank. Kenapa kami memilh GSPA? Dengan ilmu yang masih cetek pada masa itu, kami belum nampak kelebihan menyimpan emas fizikal apabila memikirkan kerisauan menyimpan emas fizikal. Takut hilang, kena curi dan sebagainya bermain dalam kepala. Lantaran itu, kami memilih untuk membuka akaun GSPA sahaja. Sebenarnya Public Bank ada juga menawarkan akaun emas seperti ini iaitu Gold Investment Account (GIA). Kami memilih Maybank pada masa itu atas sebab minimum untuk buka akaun tersebut hanyalah dengan membeli 5g emas berbanding Public Bank 20g. Pada masa itu, kami tidak menimbang perbezaan harga jual dan harga beli yang ditawarkan oleh kedua-dua bank tersebut. Selain daripada itu, kami berpendapat Maybank lebih mesra pengguna. Jadi untuk pastikan kami memiliki emas, itulah keputusan pertama kami walaupun memiliki emas secara 'maya' (hanya tercatat dalam buku akaun sahaja, tidak boleh dilihat, tidak boleh disentuh).


Inilah rupa buku akau GSPA yang telah dibuka bersama oleh saya dan suami pada bulan November 2009 yang lalu

Walaupun ada minat tentang emas ni, dan ter'excited' lepas tengok Bijak Wang, kami hanya sempat membuat dua transaksi saja di Maybank. Kami hanya dapat kumpul 10g sahaja walaupun telah hampir setahun berlalu. (mungkin orang kata tak bersungguh, hangat-hangat tahi ayam je..hehe)

10 gram je?
  Tapi tak apa, masih belum terlambat, better late than never.... InsyaAllah lepas ni saya akan ceritakan langkah kami yang seterusnya. Tunggu.....

Segalanya Bermula Dengan Bijak Wang TV3

Bagi saya dan suami, kesedaran kami tentang untungnya menyimpan emas atau membuat pelaburan emas bermula setelah menonton rancangan Bijak Wang di TV3 yang mengupas tentang Pelaburan Emas. Tak silap saya rancangan tersebut disiarkan pada tahun 2009 bulan Oktober atau November.Tetamu undangan dalam rancangan tersebut ialah Datuk Salleh Majid iaitu bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur. Antara isi menarik dalam rancangan  tersebut adalah seperti berikut:

Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau. Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika. Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka. Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia. Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.

Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan. Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika. Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran. Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Bank Negara India juga telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.

Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi. Misalnya sejak dua tahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns. Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas? Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi. Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.

Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru. Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.

Emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam “bentuk emas” walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping. Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita. Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.

Monday, October 4, 2010

Trend Harga Emas yang Menaik...

Walaupun harga emas sentiasa berubah, turun dan naik setiap saat dan masa, namun dapat dilihat trend harga emas ini didapati meningkat dari tahun ke tahun. Sumber dari www.kitco.com ini menunjukkan graf trend harga emas dalam masa 30 hari, 60 hari, 6 bulan,1 tahun, 5 tahun dan 10 tahun... Ini mungkin info yang agak ringkas, namun dapat disimpulkan di sini trend harga emas akan terus menaik walaupun dari sehari ke sehari harganya adalah turun naik.... Dapat juga disimpulkan semakin lama kita menyimpan emas, semakin banyak keuntungan yang kita akan dapat... Renung-renungkan.....

harga emas 30 hari....
Harga Emas, 1 Sept 2010 = 1244.80 USD/oz
1 Okt 2010 =1319.20 USD/oz
Kenaikan = (1319.20 - 1244.80) = 74.40 USD/oz
% kenaikan = (74.40/1244.80) * 100% = 5.98%

harga emas 6 bulan...
Harga Emas, 2 April 2010 = 1122.70 USD/oz
1 Okt 2010= 1319.20 USD/oz
Kenaikan = 1319.20 - 1122.70 = 196.50 USD/oz
% kenaikan= (196.50/1122.70) * 100% = 17.50 %


harga emas 1 tahun...
Harga Emas, 2 Okt 2009 =  1002.90 USD/oz
1 Okt 2010 = 1319.20 USD/oz
Kenaikan = 1319.20 - 1002.90 = 316.30 USD/oz
% kenaikan= (316.30/1002.90) * 100% = 31.54 %


harga emas 5 tahun....
Harga Emas, Okt 2005 = 468.80 USD/oz
Okt 2010 = 1319.20 USD/oz
Kenaikan = 1319.20 - 468.80 = 850.40 USD/oz
% kenaikan= (850.40/468.80) * 100% = 181.40 %


harga emas 10 tahun....
Harga Emas, Okt 2000 = 273.70 USD/oz
1 Okt 2010 = 1319.20 USD/oz
Kenaikan = 1319.20 - 273.70 = 1045.50 USD/oz
% kenaikan= (1045.50/273.70) * 100% = 381.99 %

 Perghhh.... Bayangkanlah 10 tahun yang lepas anda ada membeli emas dan menyimpannya selama 10 tahun, anda untung sebanyak hampir 382 %... LUMAYAN kan? Kalau sekarang anda beli emas dan simpan selama 10 tahun akan datang, agak-agak berapa keuntungan yang anda akan dapat ya? Tak payah 10 tahun, 5 tahun pun jadilah..... Best kan???

Sunday, October 3, 2010

Emas??

Bercerita tentang emas, kita semua telah sedia maklum emas telah wujud berkurun lama dahulu lagi. Apa yang ingin disampaikan di sini bukanlah untuk mengupas kembali satu per satu sejarah kewujudan emas zaman dahulu kerana pastinya semua pembaca boleh mencari sumber lain yang lebih terperinci mengenai sejarah emas. Apa yang ingin disampaikan di sini adalah secara umumnya tentang emas. Emas adalah sejenis logam yang dalam saintifiknya dikenali sebagai aurum. Emas merupakan logam lembut, berkilat, berwarna kuning, tumpat, mudah ditempa, mulur dan stabil, iaitu tidak bertindak balas dengan kebanyakan bahan kimia.

Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi dan kedaulatan. Seperti logam-logam bernilai yang lain, emas dinilai dengan berat troy dan apabila ia dialoi dengan logam yang lain perkataan karat digunakan untuk menunjukkan kuantiti emas yang hadir, 24 karat adalah emas tulen. Sejarah menunjukkan bahawa emas pernah digunakan untuk menyokong matawang dalam sistem yang digelar piawaian emas di mana satu unit matawang adalah bersamaan dengan beberapa jumlah berat emas. Dalam sistem ini, kerajaan dan bank pusat cuba untuk mengawal harga emas dengan meletakkan nilai yang mereka ingin tukarkan dengan matawang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...