"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis EMAS, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)".

Ali 'Imran(3), ayat 14

Friday, March 15, 2013

Takut & Alasan Pembunuh Kejayaan


Salam... Entri kali ni saya tujukan kepada pembaca2 yg masih lagi ragu-ragu dan berkira-kira untuk menyimpan emas sebagai pelaburan utk masa hadapan. Rata2 bertanggapan seperti berikut:
i. Nak jual balik nanti ada susut nilai jugak
ii. Barang berharga macam ni, takutlah nak simpan, hilang atau kena rompak nanti rugilah...

Jawapan saya senang je...

i. Barang apa sekali pun ada susut nilai, used item lah katakan... Tapi ramai tak fikir panjang, susut nilai emas adalah susut nilai daripada harga semasa... Contohnya, kalau anda beli emas Public Gold 10g hari ni dengan harga RM 1700, setengah jam lepas tu, anda buat keputusan merepek nak jual balik, spread 10g lebih kurang 8%, so kalau anda hanya dapat jual dengan harga RM 1564. Aduii, rugi kan? Tapi kalau anda bijak, takkanla hari ni beli beli hari ni nak jual, atau esok, lusa... Kalau anda beli hari ni tapi nak jual lambat lagi, katakan tahun depan, masa tu harga semasa ialah RM2500, so kalau nak jual masa tu, dengan spread 7%, anda dapat jual pada harga RM 2300, anda rasa rugi tak dengan susut nilai tu? Anda jawablah sendiri... Kalau anda beli dan simpan dalam jangka masa yang lebih panjang, agak-agak anda rugi tak? Fikir-fikirkan... Cuba tengok harga emas, dapat lagi ke nak beli harga macam zaman mak kita muda2 dulu? Oh tidakkkk... Ruginya saya kalau tak mula menyimpan, kan?

ii. Takutla nak simpan emas banyak2... Beli pun belum... 1 gram pun belum ada dalam simpanan, tapi takutnya macam dah berkilo ada dalam tangan... Orang kita memang macam ni, takut dan banyak alasan, akhirnya tak ke mana-mana. Kalau dah beli pandai2 la simpan, dh banyak gunakanlah kemudahan safe box di mana2... Ha, ha, ha... Jangan beri alasan kos nak simpan di safe box pulak ye... Kalau nak bagi jugak, anda memang orang yang penuh dengan alasan, ucapkan selamat tinggal kepada kejayaan...


Takut dan alasan adalah PEMBUNUH KEJAYAAN....

Fikirla sendiri anda nak buat perubahan atau anda nak jadi yang ketinggalan... Perlu pencerahan, jangan ragu-ragu, saya boleh bantu... Watsap pun boleh... 0124572787

Wednesday, March 13, 2013

Perjalanan Belum Terhenti

Salam... Oh dah lebih dua tahun rupanya tak menulis di sini... Rindu pulak dekat blog kuning keemasan ni. Perjalanan hidup saya bersama emas tak terhenti walaupun dah lama tak jengah ke sini ye... Emas tetap menjadi pilihan utama simpanan. InsyaaaAllah saya percaya tentang apa yang emas mampu buat untuk saya pada masa hadapan. Biarpun harga sekarang ni jatuh sedikit berbanding sebelum ni yang pernah mencecah RM4000 bagi 20-g Public Gold bar, saya tak rasa menyesal menyimpan emas kerana apa yang saya buat adalah untuk jangka masa panjang, bukan nak kaya cepat... Yang penting sumber kewangan masa hadapan dapat dilindungi. Kalau saya simpan duit kertas dalam bank saya tak yakin nilainya akan bertambah atau meningkat suatu hari ini. Kuasa membeli kita vs duit ringgit kertas semakin berkurang. Cuba fikirkan, dulu duit RM1.00, apa yang mampu kita beli masa tahun 90an atau awal 2000an... Kuih-muih jual tepi jalan boleh dapat 5 biji masa tu.. sekarang RM 1.00 nak dapat 3 ketul pun susah.. nilai yang sama tapi tak dapat barang yang sama kan? Itulah inflasi... Cuba tanya emak2 kita zaman dulu, zaman mereka muda-muda, emas 1g brapa ringgit? sekarang cuba tengok, berapa ringgit? Haiih... untungnya simpan emas... Jom mula simpan emas bagi yang tak pernah simpan emas.. Tak tahu cara boleh contact saya, watsap je ke 012-4572787. Saya sudi berkongsi ilmu dengan anda.. Jom.. apa tunggu lagi?

Thursday, February 24, 2011

Kenapa Takut Memulakan Langkah?

Masih ramai yang keliru tentang pelaburan emas ini sebenarnya... Ramai yang bertanya pada saya, bagaimana nak melabur? Ramai yang sangkakan pelaburan emas ini macam pelaburan lain seperti ASB, unit trust dan lain-lain. Mereka menyangka pelaburan emas ini dikendalikan oleh orang lain atau bahasa mudahnya, orang tengah. Mereka perlu laburkan sejumlah wang untuk diuruskan oleh orang tengah tersebut, maknanya orang tengah tersebut yang akan menguruskan keuntungan pelaburan yang telah dibuat. Sangkaan mengenai pelaburan emas ini adalah salah. Pada saya, pelaburan emas ini samalah seperti kita membuat simpanan wang dalam akaun simpanan, cuma bezanya wang tersebut kita gunakan untuk membeli emas dan simpan untuk satu jangka masa tertentu. Wang di simpan di dalam akaun, tetapi emas ini kita yang menyimpan. Ramai yang sangkakan apabila kita melabur dalam emas ini, emas itu disimpan oleh orang yang menjual emas tersebut. Tidak sama sekali. Sebenarnya, apabila anda melaburkan wang anda dalam pelaburan ini untuk membeli emas, emas itu adalah menjadi hak milik kekal. Jadi andalah yang menyimpannya dan menghilangkanya jika tidak disimpan dengan elok. Anda jugalah yang menentukan sendiri bila anda akan menjualnya apabila harga emas tinggi untuk mendapat keuntungannya. Bagi saya, pelaburan emas inilah yang paling mudah, kerana anda sendiri yang menentukan keuntungan yang anda inginkan. Jadi, tidak perlu takut ditipu oleh orang ketiga atau bimbang akan kerugian. Anda akan rugi hanya apabila anda menjual emas yang anda beli pada harga yang lebih rendah daripada harga yang anda beli. Jadi, jika harga emas jatuh, janganlah anda jual emas tersebut. Juallah apabila harga emas telah melambung tinggi. Barulah anda dapat lihat akan keuntungannya. Ramai juga yang bimbang apabila melihat harga emas jatuh dalam trend naik turun harga emas. Jika anda telah lihat bagaimana bentuk trend harga emas dunia dalam sejarah, kebimbangan anda akan terjawab kerana harga emas terus meningkat dalam jangka masa panjang. Atas sebab itulah emas adalah satu pelaburan yang sangat menguntungkan dalam jangka masa panjang. Saya ulang, pelaburan yang sangat menguntungkan dalam jangka masa panjang. Janganlah hendakkan keuntungan dalam masa pendek, kerana harga emas ini memang naik dan turun dalam jangka masa pendek. Untuk anda yang fikirkan keuntungan dalam jangka masa panjang, mungkin fikirkan masa depan anak-anak sekolah, zaman persaraan, ingin tunaikan haji, eloklah anda mula menyimpan emas. Mungkin anda fikir emas sekarang mahal, tapi semakin lama anda bertangguh, semakin mahal nak dapatkan emas. Jadi, jangan takut memulakan langkah.... Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Untuk apa kita menyimpan wang ringgit dalam bank untuk jangka masa panjang? Kerana wang ringgit adalah wang fiat yang makin susut nilainya. Lihat saja nilai wang sekarang dengan nilai wang dahulu. Cuba fikirkan dengan RM 10 pada 10 tahun dahulu dan RM 10 sekarang apa yang boleh dapat. Harga barang sekarang dengan harga barang 10 tahun yang dulu sudah tentu tidak sama. Inilah yang dikatakan inflasi. Tapi jika anda menyimpan emas sejak 10 tahun yang lalu? Anda boleh lihat trend harga emas dalam masa 10 tahun yang lalu.....

Friday, November 12, 2010

Apa Itu Spread?

Spread dalam jual beli emas adalah bermaksud perbezaan antara harga jual emas dan harga beli emas. Jika anda lihat pada Public Gold Price di laman web www.publicgold.com.my, dipaparkan harga kolum 'We Buy' dan 'We Sell'. Perbezaan harga tersebutlah yang dikatakan spread... Sebagai contoh, lihat jadual di bawah...





Apabila kita ingin membeli emas Public Gold ini, Public Gold menjualnya dengan harga 'We Sell' dan sekiranya kita ingin menjualnya pada masa yang sama, Public Gold akan membelinya dengan harga 'We Buy'.

Bagi PG 20 gram, beza harga jual dan harga beli ialah RM (3156-2967) = RM 189.
% perbezaannya adalah = 5.99% ~ 6.0%

Bagi PG 50 gram, beza harga jual dan harga beli ialah RM (7854-7422) = RM 432.
% perbezaannya adalah = 5.5%


Bagi PG 100 gram, beza harga jual dan harga beli ialah RM (15634-14852) = RM 782.
% perbezaannya adalah = 5.0%

Bagi PG 1kilogram, beza harga jual dan harga beli ialah RM (156336-148519) = RM 7817.
% perbezaannya adalah = 5.0%

Jadi, spread jual beli yang ditawarkan oleh Public Gold adalah sekitar 5-6%. 

Ada yang pernah berkata pada saya, rugilah kalau macam tu, beli dengan harga tinggi dan jual pada harga yang lebih rendah. Tapi persoalannya, adakah anda ingin membeli emas dan menjualnya pada hari yang sama? Kalau jawapan anda ya, pelaburan emas ini bukan pilihan terbaik untuk anda. Dan saya rasa tak ada satu pelaburan lain pun yang akan memberikan keuntungan dalam masa 1 hari... Skim Cepat Kaya ada ka?? Anda membeli emas pada hari ini, untuk memberikan pulangan kepada wang anda, anda perlukan sedikit masa... Pada masa tersebut, harga 'We Buy' akan menjadi lebih tinggi daripada harga 'We Sell' pada hari anda membeli emas tersebut. Mungkin dalam jangkamasa pendek, sederhana atau panjang.... Tepuk dada tanya selera... Jangkamasa paling pendek bagi saya adalah sekurang-kurangnya setahun....

Jadi, bertindaklah sekarang. Anda boleh membuat perbezaan spread harga ini dengan emas-emas pelaburan lain yang ditawarkan di Malaysia. Dan pastinya, spread yang lebih kecillah yang perlu kita pilih untuk maksimakan keuntungan yang boleh kita dapat.

Ingin membeli emas Public Gold atau Public Dinar? Sila hubungi saya.....

Tuesday, October 26, 2010

Nak Pergi Haji? Jom Kumpul Dinar Emas....

Lambaian Kaabah memanggil umat Islam mengerjakan rukun Islam ke-5

Jom kita lihat....

Kos nak pergi haji tahun ni (2010) adalah RM 9,980. Dikekalkan macam tahun lepas (2009). Tahun 2008, kos nak pergi haji adalah RM 8,973. Tahun 2002 pula kos tersebut adalah sebanyak RM 8,585.

Ok, sekarang kita lihat harga dinar. Pada tahun 2009, 1 dinar = RM 502. Pada tahun 2002, 1 dinar = RM 140 je. (bestnya kalau masa tu dah tahu tentang emas ni...)

Maknanya, pada tahun 2009, kalau nak pergi haji, kita perlukan 19.88 dinar ~ lebih kurang 20 dinar la....
Tahun 2002, kalau nak pergi haji, kita perlukan 61.32 dinar ~ lebih kurang 62 dinar. Wow... banyak tu...

Jadi, secara kesimpulannya.... Kalau kita beli dinar masa tahun 2002 sebanyak 62 dinar.... Simpan... Sampai tahun 2009, kita nak pergi haji... Daripada jumlah 62 dinar tu, kita cuma gunakan 20 dinar saja. Lagi 42 dinar, bolehlah kita simpan.... Kan dah jimat tu... 42 dinar dulu mana sama dengan 42 dinar sekarang... Harga dh naik berganda.... Kalau tahun 2002 boleh pergi seorang, tahun 2009 ada dinar banyak tu boleh pergi 3 orang.... Betul tak?

 Jom kita lihat graf di bawah....
Jadi, apa tunggu lagi? Kita sebagai umat Islam wajib menunaikan haji untuk melengkapkan rukun Islam yang ke-5 apabila mampu. Takkan kita tak nak berusaha untuk itu? Oleh itu, marilah kita menyimpan azam untuk menunaikan haji, mungkin bukan tahun ini, tetapi mungkin 5 tahun, 7 tahun, atau 10 tahun dari sekarang. Masa tu, harga emas dah melambung tinggi... Kalau 10 tahun boleh menjadi lebih 300%. So, jom kita kumpul dinar dari sekarang... InsyaAllah, kita bleh lengkapkan rukun Islam yang ke-5 ini.... AYUH KITA MULAKAN DARI SEKARANG....

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Emas Fizikal....

1) Tidak ada pelaburan lain yang memiliki kekayaan seperti  emas!
2) Emas harus menjadi bahagian dari setiap portfolio yang  terdiversifikasi (dipelbagaikan) secara optimum.
3) Emas fizikal adalah cara yang paling selamat untuk pelaburan  emas.
4) Hutang AS pada ketika ini dan krisis perdagangan akan terus mendorong harga emas naik.
5) Emas adalah suatu aset yang wujud dan cair, emas adalah satu-satunya  mata wang sebenar antarabangsa.
6) Emas tetap terpelihara nilainya walaupun melalui gejolak politik dan sosial, perang, dan bencana alam.
7) Tidak seperti mata wang kertas, saham, dan bon, emas tidak akan pernah kehilangan nilai intrinsiknya.
8) Emas merupakan pelaburan kalis-inflasi.
9) Emas akan selalu dalam permintaan, dan permintaan akan terus meningkat.
10) Emas sentiasa dan akan sentiasa menjadi  logam yang paling bernilai  di dunia sejak dahulu kala lagi.    Sehingga sekarang tidak lapuk ditelan zaman!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...