"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis EMAS, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)".

Ali 'Imran(3), ayat 14

Sunday, October 3, 2010

Emas??

Bercerita tentang emas, kita semua telah sedia maklum emas telah wujud berkurun lama dahulu lagi. Apa yang ingin disampaikan di sini bukanlah untuk mengupas kembali satu per satu sejarah kewujudan emas zaman dahulu kerana pastinya semua pembaca boleh mencari sumber lain yang lebih terperinci mengenai sejarah emas. Apa yang ingin disampaikan di sini adalah secara umumnya tentang emas. Emas adalah sejenis logam yang dalam saintifiknya dikenali sebagai aurum. Emas merupakan logam lembut, berkilat, berwarna kuning, tumpat, mudah ditempa, mulur dan stabil, iaitu tidak bertindak balas dengan kebanyakan bahan kimia.

Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi dan kedaulatan. Seperti logam-logam bernilai yang lain, emas dinilai dengan berat troy dan apabila ia dialoi dengan logam yang lain perkataan karat digunakan untuk menunjukkan kuantiti emas yang hadir, 24 karat adalah emas tulen. Sejarah menunjukkan bahawa emas pernah digunakan untuk menyokong matawang dalam sistem yang digelar piawaian emas di mana satu unit matawang adalah bersamaan dengan beberapa jumlah berat emas. Dalam sistem ini, kerajaan dan bank pusat cuba untuk mengawal harga emas dengan meletakkan nilai yang mereka ingin tukarkan dengan matawang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...