"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis EMAS, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)".

Ali 'Imran(3), ayat 14

Friday, March 15, 2013

Takut & Alasan Pembunuh Kejayaan


Salam... Entri kali ni saya tujukan kepada pembaca2 yg masih lagi ragu-ragu dan berkira-kira untuk menyimpan emas sebagai pelaburan utk masa hadapan. Rata2 bertanggapan seperti berikut:
i. Nak jual balik nanti ada susut nilai jugak
ii. Barang berharga macam ni, takutlah nak simpan, hilang atau kena rompak nanti rugilah...

Jawapan saya senang je...

i. Barang apa sekali pun ada susut nilai, used item lah katakan... Tapi ramai tak fikir panjang, susut nilai emas adalah susut nilai daripada harga semasa... Contohnya, kalau anda beli emas Public Gold 10g hari ni dengan harga RM 1700, setengah jam lepas tu, anda buat keputusan merepek nak jual balik, spread 10g lebih kurang 8%, so kalau anda hanya dapat jual dengan harga RM 1564. Aduii, rugi kan? Tapi kalau anda bijak, takkanla hari ni beli beli hari ni nak jual, atau esok, lusa... Kalau anda beli hari ni tapi nak jual lambat lagi, katakan tahun depan, masa tu harga semasa ialah RM2500, so kalau nak jual masa tu, dengan spread 7%, anda dapat jual pada harga RM 2300, anda rasa rugi tak dengan susut nilai tu? Anda jawablah sendiri... Kalau anda beli dan simpan dalam jangka masa yang lebih panjang, agak-agak anda rugi tak? Fikir-fikirkan... Cuba tengok harga emas, dapat lagi ke nak beli harga macam zaman mak kita muda2 dulu? Oh tidakkkk... Ruginya saya kalau tak mula menyimpan, kan?

ii. Takutla nak simpan emas banyak2... Beli pun belum... 1 gram pun belum ada dalam simpanan, tapi takutnya macam dah berkilo ada dalam tangan... Orang kita memang macam ni, takut dan banyak alasan, akhirnya tak ke mana-mana. Kalau dah beli pandai2 la simpan, dh banyak gunakanlah kemudahan safe box di mana2... Ha, ha, ha... Jangan beri alasan kos nak simpan di safe box pulak ye... Kalau nak bagi jugak, anda memang orang yang penuh dengan alasan, ucapkan selamat tinggal kepada kejayaan...


Takut dan alasan adalah PEMBUNUH KEJAYAAN....

Fikirla sendiri anda nak buat perubahan atau anda nak jadi yang ketinggalan... Perlu pencerahan, jangan ragu-ragu, saya boleh bantu... Watsap pun boleh... 0124572787

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...