"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis EMAS, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)".

Ali 'Imran(3), ayat 14

Wednesday, March 13, 2013

Perjalanan Belum Terhenti

Salam... Oh dah lebih dua tahun rupanya tak menulis di sini... Rindu pulak dekat blog kuning keemasan ni. Perjalanan hidup saya bersama emas tak terhenti walaupun dah lama tak jengah ke sini ye... Emas tetap menjadi pilihan utama simpanan. InsyaaaAllah saya percaya tentang apa yang emas mampu buat untuk saya pada masa hadapan. Biarpun harga sekarang ni jatuh sedikit berbanding sebelum ni yang pernah mencecah RM4000 bagi 20-g Public Gold bar, saya tak rasa menyesal menyimpan emas kerana apa yang saya buat adalah untuk jangka masa panjang, bukan nak kaya cepat... Yang penting sumber kewangan masa hadapan dapat dilindungi. Kalau saya simpan duit kertas dalam bank saya tak yakin nilainya akan bertambah atau meningkat suatu hari ini. Kuasa membeli kita vs duit ringgit kertas semakin berkurang. Cuba fikirkan, dulu duit RM1.00, apa yang mampu kita beli masa tahun 90an atau awal 2000an... Kuih-muih jual tepi jalan boleh dapat 5 biji masa tu.. sekarang RM 1.00 nak dapat 3 ketul pun susah.. nilai yang sama tapi tak dapat barang yang sama kan? Itulah inflasi... Cuba tanya emak2 kita zaman dulu, zaman mereka muda-muda, emas 1g brapa ringgit? sekarang cuba tengok, berapa ringgit? Haiih... untungnya simpan emas... Jom mula simpan emas bagi yang tak pernah simpan emas.. Tak tahu cara boleh contact saya, watsap je ke 012-4572787. Saya sudi berkongsi ilmu dengan anda.. Jom.. apa tunggu lagi?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...